A. Dendam
Dendam adalah keinginan keras untuk membalas
kejahatan orang.
Bagaimana pandangan islam tentang dendam ?
Dendam merupakan perilaku yang dilarang oleh
Allah SWT sebagaimana dijelaskan dengan firman Allah SWT Surah An-Nur 24 Ayat
22.
وَلَا يَأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنْكُمْ وَالسَّعَةِ أَنْ يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
|
Artinya: “Dan janganlah orang-orang yang
mempunyai kelebihan dan kelapangan diantara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak)
akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat (Nya) , orang-orang yang dan
orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka
memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang .”
Allah SWT memerintahkan pada umat manusia
untuk menjadi orang yang pemaaf, suka memaafkan kesalahan orang lain baik
diminta maupun tidak diminta. Dalam ajaran Islam, memaafkan kesalahan orang
lain itu termasuk perbuatan yang mulia. Hal ini sebagaimanaijelaskan dalam
firman Allah SWT., surah Al A’raf (7) ayat 199.
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
|
Artinya : “jadilah engkau pemaaf dan suruhlah
orang mengajarkan yang ma’ruf,serta berpalinglah daripada
orang-orang yang bodoh”
Bahaya yang diakibatkan dari sifat dendam,
diantaranya sebagai berikut:
1.
Menimbulkan atau melahirkan
rasa iri hati kepada orang lain.
2.
Menimbulkan dan menanamkan
rasa benci dan marah kepada orang lain.
3.
Menyababkan timbulnya
perselisihan ,perpecahan ,dan permusuhan diantara warga.
4.
Dapat melahirkan pribadi
seseorang yang suka mengumpat,bohong,dan membuka aib orang lain.
5.
Meniru-niru perbuatan dan
perkataan orang lain dengan tujuan mengejek atau menghinanya.
6.
Dapat merusak dan
memutuskan tali silaturahmi,persaudaraan,atau kekeluargaan yang telah terjalin
dengan baik.
7. Orang
yang suka dendam termasuk orang yang zalim,aniaya,dan terkutuk di hadapan allah
swt,dan rasul-Nya.
Rasulullah saw, memberikan suri tauladan
kepada umat islam khususnya dan seluruh umat manusia pada umumnya. Beliau tidak
pernah menaruh rasa dendam sedikit pun terhadap kaum Quraisy Mekah walaupun
kaum Quraisy memusuhi, senantiasa menghalang halangi langkahnya dalam
menyebarluaskan ajaran islam,akan membunuh beliau jika tetap pada pendiriannya,
yaitu berdakwah.
Buktinya, setelah kaum Quraisy menyerah kepada umat islam dan kota Mekah jatuh
ke tangan umat islam. Nabi Muhammad saw, tidak menghukum dan menyakiti mereka.
Bahkan beliau memaafkan semua kesalahan yang pernah dilakukan kaum kafir
Quraisy, baik terhadap dirinya maupun umat islam.
Beberapa cara untuk menghindarkan diri dari
sifat dendam, antara lain :
1.
Orang yang menaruh rasa
dendam hendaknya menahan diri dari sikap marah,melecehkan,dan mengejek terhadap
orang lain yang ia dendami.
2.
Kita hendaknya bersikap
ramah,ceria,dan sopan terhadap siapa saja.
3.
Kita hendaknya berusaha
untuk bekerja sama dan memerangi hawa nafsu dari bujuk rayuan setan.
4.
Orang yang didendami
hendaknya melaksanakan hal hal berikut ini :
a. Berbuat baik
serta suka bersilaturahmi kepada orang yang menaruh dendam dirinya.
b. Memnuhi hak
hak orang yang menaruh dendam kepadanya, menolong, dan bersikap ramah kepada
orang yang menaruh dendam.
c. Jangan
menzalimi orang yang menaruh dendam kepadanya.
5. Menyadari
bahwa perbuatan dendam itu termasuk perbuatan tercela dan dosa.
B.
Sifat Nifaq (Munafik)
Nifaq ialah memperlihatkan
perbuatan yang tidak selari dan sesuai dengan isi hati seseorang itu. Orang
yang melakukan perbuatan nifaq disebut ‘Munafiq’. Nifaq atau
kemunafikan adalah suatu sifat yang ada di dalam hati manusia dan tidak dapat
diketahui oleh orang lain. Ada dua sifat nifaq iaitu Nifaq Besar dan Nifaq
Kecil.
.
1.
Definasi
.
Asalnya Nifaq (اَلنِّفَاقُ) atau
kemunafikan dari Bahasa Arab (نَافَقَ-يُنَافِقُ-نِفَاقاً ومُنَافَقَةً) yang
diambil dari kata النَّافِقَاءُ
(naafiqaa’) yang bermaksud lubang tempat
keluarnya yarbu’, iaitu haiwan seperti tikus yang mempunyai
lebih dari satu lubang sehingga apabila dia dikejar melalui satu lubang akan lari
menuju lubang yang lain.
Dalam istilah
syariat, ‘Nifaq’ bermaksud perbuatan menampakkan
keislaman dan kebaikan tetapi menyembunyikan kekafiran serta keburukan.
Diistilahkan demikian kerana pelakunya masuk ke dalam agama Islam dari sebuah
pintu dan keluar darinya melalui pintu lain. Dalam istilah bahasa, nifaq sering
disebut kemunafikan.
.
.
2.
2 Jenis Sifat Nifaq
Sifat Nifaq terbahagi
kepada dua kategori iaitu nifaq besar dan nifaq kecil.
1.
Nifaq I’tiqadi (Nifaq Besar)
‘Nifaq I’tiqadi’ adalah
kemunafikan yang bersifat keyakinan. Ia merupakan nifaq besar iaitu seseorang
yang menyembunyikan keyakinan kafir lalu menampakkan keislaman. Seolah-olah ia
beriman padahal dalam hatinya menyimpan keyakinan kafir.
Nifaq besar ini juga
seseorang Muslim yang menunjukkan di luar sahaja sebagai benar-benar keislaman
dan keimanannya, tetapi dalam hatinya adalah sebaliknya iaitu menampakkan
keislaman dengan lisannya, tetapi sebenarnya hati dan jiwanya mengingkari dan
menafikannya.
.
Perbuatan yang termasuk
nifaq besar di antaranya:
1.
Mendustakan Rasulullah ﷺ (dan
ajaran baginda sama sekali), atau membohongi sebahagian daripada segala ajaran
yang telah Baginda sampaikan.
2.
Membenci ajaran Rasulullah ﷺ atau
membenci sebahagian daripada ajaran yang baginda sampaikan.
3.
Merasa gembira ketika agama
Islam dan Rasulullah ﷺ direndahkannya orang-orang
sekeliling.
4.
Merasa gembira dengan
kekalahan Islam dan merasa benci dengan tersebar dan menangnya Islam.
.
Orang yang melakukan
perbuatan nifaq besar (kaum munafik) ini amat besar bahayanya terhadap Islam
dan kaum Muslimin. Oleh sebab itu Allah سبحانه وتعالى
menjanjikan azab seksa yang lebih berat dan pedih kepada kaum munafik itu
melalui firmanNya:
إِنَّ ٱلْمُنَٰفِقِينَ فِى ٱلدَّرْكِ ٱلْأَسْفَلِ مِنَ ٱلنَّارِ
“Sesungguhnya orang-orang munafiq
itu akan ditempatkan di dasar neraka yang paling bawah.” (Surah
An-Nisaa': Ayat 145)
Oleh kerana itu di
awal-awal surah Al-Baqarah Allah سبحانه وتعالى
bercerita tentang orang-orang kafir hanya dengan dua ayat, sedangkan tentang
orang-orang munafiq dengan tiga belas ayat.
Kita menyaksikan
orang-orang sufi, yang lahiriyah adalah orang-orang Islam, mereka melaksanakan
solat dan puasa, tapi sebenarnya mereka sangatlah berbahaya, kerana mereka akan
merosakkan aqidah umat Islam. Mereka membolehkan berdoa kepada selain Allah
Azza wa Jalla, padahal perkara itu termasuk syirik besar; mereka mempercayai
bahawa Allah سبحانه وتعالى
berada di mana-mana dan menolak pemahaman bahawa Allah سبحانه وتعالى
berada di atas ‘Arsy. Semua keyakinan mereka tersebut bertentangan dengan
Al-Qur’an dan hadis sahih sebagaimana telah dibicarakan pada perbahasan
sebelumnya.
.
.
3.
Nifaq ‘Amali (Nifaq Kecil)
‘Nifaq ‘Amali’ atau
nifaq kecil adalah kemunafikan yang bersifat amalan. Seseorang dikatakan
melakukan perbuatan nifaq kecil apabila dia melakukan sebahagian perbuatan yang
menjadi ciri dan karakter orang-orang munafiq tulen.
Dari Abu Hurairah r.a.
bahawasanya Rasulullah ﷺ
bersabda : “Tanda-tanda orang munafiq ada tiga, iaitu: jikalau
bercakap ia dusta, jikalau berjanji ia memungkiri dan jikalau diberi amanah ia
berlaku khianat.” (Muttafaqun ‘alaih). Baginda ﷺmenambah
dalam riwayat Imam Muslim: “Sekalipun orang itu berpuasa dan solat dan
mengaku bahawa dirinya adalah seorang Muslim.”
Oleh sebab tidak seorangpun
yang mengetahui isi hati seorang, maka Rasulullah ﷺ
menghuraikan bahawa tanda-tanda kemunafikan ada empat jenis.
Empat jenis kemunafikan itu
ialah:
1. Jika berbicara, dia
dusta.
2. Jika berjanji tidak
menepati.
3. Jika bertengkar atau
bertentangan dengan seorang, lalu berbuat kejahatan.
4. Jika membuat sesuatu
perjanjian lalu merosakkan atau membatalkannya sendiri iaitu tidak mematuhi isi
perjanjian itu dengan sebaik-baiknya.
.
Dari Abdullah bin ‘Amr bin
al-‘ Ash radhiallahu ‘anhuma bahawasanya Rasulullah ﷺ
bersabda: “Ada empat perkara, jika keempat2nya ada pada diri
seseorang, maka dia adalah seorang munafiq tulen; namun apabila dari keempat
itu hanya ada satu saja pada seseorang, maka dia hanya dikatakan mempunyai
sifat nifaq sehingga ia meninggalkannya, iaitu jika diberi amanah ia
berlaku khianat, jika berbicara ia dusta, jika berjanji ia mungkiri (tidak
menepati) dan jika bertengkar (bertelagah) maka ia berbuat kecurangan (tidak
mengikuti jalan yang benar lagi).” (Muttafaqun ‘alaih)
Dijelaskan oleh Baginda ﷺ.
bahawa sesiapa yang mempunyai empat perkara itu keseluruhannya, maka ia
benar-benar dapat digolongkan dalam kumpulan kaum munafik yang asli, tulen atau
munafik sebenarnya, bagaikan emas kemunafikannya 24 karat. Tetapi apabila hanya
satu perkara saja yang dimilikinya, maka ia telah dihinggapi penyakit
kemunafikan tersebut.
Bentuk Nifaq ‘Amali boleh
berupa perbuatan yang biasa dilakukan orang munafik atau salah satu daripada
sifat mereka, yang dilakukan oleh seseorang yang masih beriman dan tidak
meyakini sifat-sifat kekafiran seperti di atas. Misalnya berkata dusta, ingkar
janji, khianat terhadap yang memberi amanat kepadanya atau berbuat curang
apabila bertelagah.
Nifaq kecil tidak
menyebabkan pelakunya terkeluar dari Agama Islam, tetapi itu termasuk dosa
besar yang perlu dijauhi.
.
4.
Perbezaan Antara Nifaq Besar Dengan Nifaq Kecil
1. Nifaq
besar mengeluarkan pelakunya dari agama, sedangkan nifaq kecil tidak
mengeluarkannya dari agama.
2. Nifaq
besar adalah berbezanya yang lahir dengan yang batin dalam perkara keyakinan,
sedangkan nifaq kecil adalah berbezanya yang lahir dengan yang batin dalam
perkara perbuatan bukan dalam perkara keyakinan.
3. Nifaq
besar tidak terjadi dari seorang Mukmin, sedangkan nifaq kecil boleh terjadi
dari seorang Mukmin.
4. Pada
umumnya, pelaku nifaq besar tidak bertaubat, seandainya pun bertaubat, maka ada
perbezaan pendapat tentang diterimanya taubatnya di hadapan hakim. Lain halnya
dengan nifaq kecil, pelakunya terkadang bertaubat kepada Allah, sehingga Allah سبحانه وتعالى
menerima taubatnya.
.
At-Tirmidzi berkata, “Makna
nifaq pada hadis di atas menurut para ahli hadis adalah nifaq dalam perbuatan
saja. Adapun nifaq tulen adalah nifaq yang mendustakan ajaran Islam seperti
yang berlaku pada zaman Rasulullah ﷺ.”
Allah سبحانه وتعالىberfirman:
صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ ﴿١٨
“Mereka (seolah-olah orang
yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali
(kepada kebenaran).” (Surah Al-Baqarah:
Ayat 18)
5.
Cara
menghindari sifat munafik :
1 . Hindari bergaul
dengan orang munafik
2. Jangan diberi amanat
3. Tunjukkan keimanan
dan ketaqwaan ketika berada di antara orang mukmin
4. Segera memohon ampun
(istighfar) kepada Allah dan bertaubat nasuha.
Sebagai orang muslim, kita dilarang berbuat
nifak karena berbuat nifak itu akan merugikan dirinya sendiri dan orang lain.
Bahkan,keluarganya pun ikut menanggung akibat perbuatan nifak tersebut.
Adapun bahaya yang diakibatkan dari perbuatan
nifak,antara lain :
1.
Hatinya selalu was
was,gelisah,dan tidak tenteram.
2.
Tidak lagi dipercaya oleh
orang lain karena merasa telah dikecewakan akibat sifat kemunafikannya.
3.
Dikucilkan orang karena
orang munafik selalu mengecewakan orang atau teman sehingga merasa enggan untuk
bergaul dan tidak mempercayainya lagi.
4.
Diancam oleh Allah swt,
dengan siksa neraka jahanam.
5.
Begitu besar akibat yang
ditimbulkan dari perbuatan munafik, baik mengenai diri sendiri maupun orang
lain. Oleh karena itu, sudah sepantasnya Allah memberikan hukuman yang berat
bagi orang yang munafik.
Perilaku dendam dan munafik adalah perilaku yang tercela.
Islam memerintahkan agar umatnya menghindari sifat ini. Kita tidak
diperbolehkan untuk memiliki rasa dendam di dalam hati.
Pada masa Rasulullah ada
seorang tokoh yang terkenal kemunafikannya, yaitu Abdullah bin Ubay. Dalam
perang Uhud ia berusaha memengaruhi teman-temannya untuk mundur dari perang.
Atas hasutannya, sebanyak 300 orang mengundurkan diri dari perang. Mereka takut
menghadapi perang tersebut. Perbuatan Abdullah bin Ubay hanya disebabkan karena
pendapatnya tidak diterima oleh Nabi Muhammad saw.. Sebelum berperang,
Rasulullah bermusyawarah dengan para sahabat. Musyawarah itu memutuskan
untuk perang terbuka. Kaum muslimin keluar dari kota Madinah menuju medan
perang. Namun Abdullah bin Ubay mengusulkan agar kaum muslimin tetap bertahan
di Madinah mengadang pasukan musuh. Pendapat Abdullah bin Ubay ini tidak
disetujui, sehingga ketika hendak terjadi perang, Abdullah bin Ubay menghasut
kawan-kawannya.
Dengan demikian, sikap
ini adalah sikap tercela, karena Abdullah bin Ubay telah menyimpan dendam
kepada Rasulullah sekaligus dikenal sebagai orang munafik.
Perilaku dendam dan
munafik harus selalu kita hindari. Kita dapat menghindari sifat ini dalam
kehidupan sehari-hari baik di dalam keluarga, sekolah dan masyarakat.
1. Di Keluarga
Di dalam keluarga, kita
harus selalu menumbuhkan rasa saling mencintai dan penuh kasih sayang. Kita
tidak boleh menaruh rasa dendam terhadap saudara kita sendiri. Apabila ada
kesalahan dari salah seorang saudara kita, harus dimaafkan dan tidak diperboleh
membalas dendam terhadap mereka.
Demikian pula, di dalam
keluarga kita tidak boleh berkata dusta, mengingkari janji, maupun mengkhianati
amanat yang diberikan kepada kita. Ketiga sifat ini jika kita lakukan akan menjerumuskan
kita ke dalam kemunafikan.
2. Di Sekolah
Di dalam lingkungan
sekolah pun, kita juga tidak diperbolehkan menyimpan rasa dendam terhadap warga
sekolah. Sesama teman harus saling menjaga persahabatan. Pergaulan dengan teman
di sekolah tidak boleh dikotori dengan sikap tercela seperti rasa dendam. Kita
tidak boleh melakukan perbuatan yang memalukan dan merugikan, seperti tawuran
pelajar. Perbuatan ini merupakan perilaku tercela yang biasanya dipicu dengan
rasa dendam. Apabila rasa amarah disalurkan dalam kegiatan positif, seperti
olahraga, bela diri, maupun ekstrakurikuler lainnya, akan lebih bermanfaat.
3. Di Masyarakat
Masyarakat adalah
lingkungan yang sangat majemuk. Berbagai karakter ada di dalam masyarakat.
Keharmonisan masyarakat sangatlah penting. Kita tidak boleh merusak
keharmonisan tersebut dengan perbuatan tercela. Apabila kita memiliki rasa
dendam dalam masyarakat, dapat menimbulkan perilaku anarkis, merusak
ketentraman dan ketertiban masyarakat.
Hal-hal baik yang harus
dilakukan untuk menghindari sifat dendam dan munafik adalah sebagai berikut.
1. Menyadari bahwa
perbuatan dendam dan munafik sangat membahayakan.
2. Menahan diri dari
rasa amarah, melecehkan maupun mengejek orang lain
3. Bersikap ramah, ceria
dan sopan terhadap siapa saja.
4. Selalu bekerja dan
berbuat kebaikan.
5. Menjaga tali
silaturahmi dan persaudaraan
6. Membiasakan perilaku
jujur kepada siapa saja pun, di mana pun dan kapan pun.
7. Memperdalam ilmu
agama dengan mengikuti berbagai kegiatan keagamaan di masyarakat.
0 comments:
Post a Comment